Thursday, August 20, 2009

Pakatan Rakyat yang Memperalatkan Rakyat

Antara sebab utama saya melabelkan Pakatan Rakyat sebagai penghianat adalah kerana mereka ini, yang terdiri daripada ahli-ahli politik Pakatan Rakyat telah memperalatkan dan mempergunakan rakyat untuk mencapai cita-cita mereka. Jika diamati dengan penuh telus, terdapat dua matlamat utama Pakatan Rakyat iaitu 'Jatuhkan Kerajaan Barisan Nasional' dan 'Mengambil alih Tampuk Pemerintahan Negara Malaysia'..

Hal ini amat jelas sekali berdasarkan dalil-dalil semasa dalam kempen Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu dan Gagasan 16 September oleh Anwar Ibrahim. Rasionalnya, tidak akan ada kepentingan rakyat jika kedua-dua matlamat ini tidak dapat dicapai atau dengan erti kata lain tidak ada kamus rakyat jika kedua matlamat ini tidak berlaku. Pakatan rakyat telah menyedari hanya dengan sokongan majoriti daripada rakyat negara ini dapat merealisasikan impian dan angan-angan mereka itu. Pakatan Rakyat juga menyedari hanya dengan pembongkaran keburukan dan kelemahan parti pemerintah iaitu Barisan Nasional mereka dapat mengurangkan sokongan rakyat kepada BN..

Menyedari perkara ini berbagai strategi dan pelan dirancang untuk memburuk-burukkan kerajaan BN. Segala jentera yang ada digunakan sebaik mungkin seperti mengadakan ceramah dan mengorek cerita daripada orang-orang yang berkenaan mengenai penyelewengan dan kepincangan semasa BN memerintah dan anggota ahli BN sendiri. Apabila berlaku dakwaan mengenai salahlaku kerajaan BN serta ahli-ahlinya, anggota-anggota pakatan rakyat ini dengan rakus dan agresif berusaha sehingga BN terbukti bersalah. Malahan apabila mereka berjaya menawan empat negeri selepas PRU ke 12, mereka telah membuat dakwaan bahawa kesemua rekod kerajaan negeri yang terlahulu terdapat banyak penyelewengan, penipuan, rasuah, kronisme, mengabaikan rakyat dan pelbagai lagi.

Semakin hari semakin banyak dakwaan demi dakwaan yang muncul mengenai salahlaku dan keburukan BN oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat. Sehinggakan segala keburukan yang berlaku di negara ini adalah berpunca daripada BN. Di sinilah terletaknya rasional mengenai penghianatan Pakatan Rakyat kerana bersikap besar kepala gara-gara sokongan sebilangan rakyat kepada mereka..

No comments:

Post a Comment