Thursday, August 20, 2009

Anwar Ibrahim yang Hipokrit



Hebat! Sangat hebat pemimpin yang seorang ini. Mempunyai kelantangan suara yang cukup tinggi, hujah yang cukup bernas dan mempunyai idea yang tidak pernah kering. Pemimpin ini juga sering mendapat jolokan sebagai pejuang bagi pemuda-pemuda Islam, mengajak orang-orang awam berarak bagi membasmi peminnggiran sesetengah penduduk oleh kerajaan. Semakin hari, minggu, bulan, tahun dan dekad, pemimpin ini telah diangkat sehingga ke ’langit’. Tetapi apabila tiba di situ, dia sudah berubah sama sekali. Dia sudah lupa akan matlamat perjuangannya yang sebenar dan dia menjadi rakus akan kedudukan pangkat dan kuasa.

Apa yang ada dalam benaknya adalah untuk mempunyai kuasa mutlak sehingga tiada sesiapa lagi yang mampu menggugatnya. Tapi Tuhan itu Maha Adil, akhirnya dia telah dijatuhkan terhempas dengan sejuta impak. Segala yang diangan-angankan olehnya dahulu hancur dalam sekelip mata. Dia telah menerima aib, seksa dan penderitaan atas apa yang telah dilakukannya dulu. Tetapi kini, dia telah kembali untuk membalas dendam. Dengan berbekalkan kudrat yang masih berbaki, secara perlahan-lahan dia cuba menyemai kembali angan-angan untuk berkuasa mutlak.Apa sahaja cara sanggup dilakukan olehnya. Kerana baginya tiada apa yang boleh menghalang cita-citanya itu selagi hayatnya di kandung badan.

Lihatlah wahai sahabatku akan maksud sebenar insan yang bernama Anwar Ibrahim ini. Hujah tadi sedikit sebanyak menceritakan tentang keburukan insan ini, mungkin dilihat tidak begitu menyebelahi beliau yang mendakwa dirinya sebagai pejuang keadilan. Kita ambil hujah yang menyebelahinya pula bahawa Anwar Ibrahim disingkirkan kerana beliau telah menggugat rancangan Dr Mahathir untuk menyelematkan kroni-kroni beliau daripada terkena tempias krisis ekonomi 1997. Disebabkan kelantangan Anwar menegakkan kebenaran, beliau telah difitnah dan disumbatkan ke dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Dan kini dia telah kembali untuk menegakkan keadilan semula.

Setelah kembali, Anwar mula menyebarkan ideologinya untuk menegakkan negara hukum. Dia mendakwa semua yang disabitkan ke atas beliau dahulu adalah sebagai fitnah. Anwar berhasrat memegang tampuk pemerintahan sebagai untuk meneggakkan negara hukum berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan. Menyedari hakikat ini, Anwar telah meracuni fikiran seluruh penyokongnya bahawa keadilan harus ditegakkan dengan mengangkat beliau sebagai perdana menteri.

Persoalannya, apakah sifat,sikap,perilaku dan semua perlakuan anwar bahawa dia sepenuhnya ikhlas untuk menegakkan negara hukum melalui prinsip kebenaran dan keadilan? Sesetengah perilaku Anwar ini membuktikan Anwar adalah hipokrit dan hanya berlakon semata-mata. Kenyataan yang menyokongnya ialah dia melabelkan dirinya sebagai penyelamat rakyat daripada rejim BN walhal jika dia benar-benar iklas, perkara itu tidak patut diungkapkan. Kenyataan bahawa dia adalah penyelamat rakyat menunjukkan bahawa Anwar cuba mencabar rakyat supaya memilih beliau dan partinya sahaja atau jika tidak rakyat akan terus hidup merana di bawah rejim BN. Kepentingan ’Rakyat’ dijadikan sebagai modal untuk mendapat kuasa. Rakyat seolah –olah menjadi taruhan untuk nafsu diktatornya. Anwar tidak berhak mengatakan bahawa beliau ialah penyelamat rakyat melainkan rakyat sendiri yang memutuskannya melalui proses undi.

Kesimpulannya RAKYAT bukan hak milik Anwar Ibrahim melainkan RAKYAT sendiri yang menginginkannya.

No comments:

Post a Comment